Thursday, 3 March 2016

RANCANG KEWANGAN ANDA DUHAI GEN Y!

Rancang kewangan kita duhai Gen Y.

salam jumaat.

takde yang fixed bila bercakap pasal protection & coverage.kalau mampu lebih = buat lebih maksudnya bila sakit/xmmpu lg mencari rezeki atas faktor kesihatan ada tabung kecemasan datang bagi bantuan segera utk tanggung sepanjang hidup kita .

✔️sebaik2 nya income replacement ni 10x pendapatan tahunan kita.tapi in reality masyarakat sekarang berapa ramai mampu contribute = income yg sepatutnya dia protect.

eg:sebulan gaji rm10k,setahun 120k.10 tahun=1.2juta....sepatutnya yg kita ambil sebagai income replacement.

Kalau age:jom tgk caruman bulanan..

✔umur:20-30 tahun nak buat basic sum covered:1.2 juta pampasan (average
sebulan RM800-1000)
✔️Kalau age 31-39:sebulan average RM1000-1200/monthly
✔️Kalau age 40 above: RM2k above/monthly

Kalau mmpu carum 2-3 bulan je,lepas tu "lapse" sebab dah kritikal sgt dh kewangan dlm rumah..sampai terpaksa stop@biarkan akaun takaful lapse(xaktif) lagi sia2 usaha memiliki takaful.komitmen org sekarang tinggi2..kadang2 paras hidung.

��adalah lebih baik...buat mengikut kemampuan bulanan dahulu.sekurang2nya cover hutang piutang(komitmen2 wajib yg tiada takaful eg:hutang kereta,hutang rumah(yg dah habis term protection drp bank tapi loan masih ada) keperluan makanan asas,basic needs utk beberapa tahun ++utilities++ sekurang2 nya mampu meneruskan hidup drp tiada apa2 langsung....income.

Cadangan:Buka satu plan takaful yang "fleksibel" supaya pencarum mampu menaikkan jumlah pampasan bila2 masa nak mungkin bila gaji/pendapatan nya meningkat&rasa selesa nk contribute lebih..boleh upgrade.sampai capai matlamat 10 thn income replacement..

Utk permulaan,jika xmmpu cover 10 tahun buatlah stgh dulu (5 tahun)..tak mampu sangat..buatlah 3 tahun dulu..drp nak tunggu mampu carum pampasan 10 tahun pendapatan...baru nak mula.tengok2 dah terjatuh sakit/berlaku dulu benda2 tak diingini.takde harapan dah memiliki takaful langsung..

mencarum takaful pun xperlu sampai membazir.semua duit nak letak kat takaful..nnt tayar kete pancit kena pinjam org��kecemasan jangka pantas pun kena ada..

takaful=manage risk.
dia ada % drp income bulanan mmg kn letak kat takaful.at least 10%.��mana2 buku kewangan akan tulis bahagian protection ni..keperluan.kalau xnak lebih teruk dlm masalah kewangan masa depan.

Tuesday, 12 January 2016

APA ITU CTOS ?

APA ITU CTOS ?!
Saya akan tekankan pada SECTION D. Kalau tak tahu apa section D, Kita baca sampai habis.
Okay sebelum itu saya nak bertanya kepada tuan punya badan sendiri lah, maksud saya yang membaca sekarang ini, Pernah dengar atau jumpa senarai syarikat kat bawah nih?


"P1,UNIFI, STREAMYX, MAXIS, CELCOM, DIGI, UMOBILE, SINGER ?"


Kalau dalam CTOS , nama2 yang diatas ini adalah orang kata nama yang TOP untuk kes2 CTOS. CTOS adalah singkatan dari Credit Tip Off Service Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat persendirian yang memberi kemudahan maklumat kewangan seseorang individu kepada pihak yang berminat, pihak bank dan syarikat pinjaman berlesen adalah contohnya. Maklumat kewangan yang dimaksudkan di sini bukan bermaksud berapa jumlah wang simpanan seseorang individu itu ada tetapi lebih kepada situasi kedudukan kewangannya dengan pihak yang lain. Kita kena realize satu benda bahawasanya bila kita dah berhutang dengan sesiapa pun , silalah bayar balik.


 SEBAB APA ?


Itu sendiri akan menyusahkan diri kita untuk urusan dengan bank di masa akan datang. Manalah tahu dalam kehidupan kita nih perlu ada improvement. Maksud saya mestilah kita nak beli rumah baru, kereta baru setelah berkeluarga jadi takkanlah CTOS ni kita jadikan punca atau batu penghalang untuk kita waktu kita dah plan and buat strategi untuk masa depan kita. Rajin2 lah kita pergi siasat dan ambil tahu nama kita samada clear atau tidak. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu nama kita BLACKLIST atau apa , lagi-lagi bila nama kita diguna pakai menjadi "GUARANTOR"(Penjamin) seseorang.


Terdapat 4 seksyen di dalam CTOS iaitu:-
Seksyen A :
-Nama
-No. Kad Pengenalan Individu.
-Nama penuh dan no. kad pengenalan pemohon diletakkan.

Seksyen B: 
- Maklumat Perniagaan Individu
- Maklumat sedia ada kelihatan untuk syarikat yang dimiliki pemohon sama ada beliau sebagai pemilik tunggal, ahli kongsi, pengarah syarikat mahupun pemegang syer.
Seksyen C:
- Maklumat Saman dan Muflis
- Memaparkan maklumat sekiranya nama pemohon pernah disaman, status samannya (jika ada), muflis dan sebagainya.
 
Seksyen D:
- Rujukan.
- Biasanya pada ruangan ini kita dapat lihat pinjaman yang dibuat oleh kita dari syarikat-syarikat yang lain yang melibatkan bayaran ansuran seperti barangan elektrik, motosikal dan perabot rumah.


PERNAH JADI KES MACAM INI ?

"Dikatakan kerana banyak rungutan dilaporkan berkenaan maklumat yang dipaparkan di dalam CTOS kebanyakkannya tidak di"update" statusnya. Contohnya jika nama kita pernah disenaraihitam, walaupun kita telah menyelesaikan hutang tersebut, tetapi di CTOS senaraihitam kita masih belum dipadamkan setelah sekian lama"
Jika jawapan anda Ya :

1- CTOS bukan macam CCRIS dimana CCRIS yang selalunya akan di UPDATE setiap 15 haribulan.

2 - Pihak CTOS pula akan pick-up kes customer tetapi melalui refferal (syarikat Telco yang customer berhutang).

3 - Berdasarkan apa yang pihak customer service terangkan kepada saya, jika surat pelepasan sudah dikeluarkan dari pihak ketiga , maka ON THE SPOT  nama customer keluar daripada CTOS report.


 KENAPA ADA YANG SAMPAI BERBULAN-BULAN BARU NAK CLEAR?

-Maklumat yang saya dapat dari CTOS customer service sendiri, mereka akan diberi kuasa untuk melepaskan pelanggan yang disenaraihitamkan apabila kita telah membuat FULL SETTLEMENT sekali dengan CAS PEMBAYARAN LEWAT bukan kepada CTOS, tetapi kepada syarikat yang kita sendiri berhutang.

-Cuba Periksa dengan teliti berapa BAYARAN SEPATUTNYA yang harus dibayar oleh kita yang sudah tertunggak sekian lama.


Secara konklusinya, CTOS hanya merupakan salah satu sistem rujukan yang digunakan untuk menilai sama ada nama kita sebagai pemohon ada disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan kita dan lain-lain bayaran ansuran yang sedang ditanggung tetapi jangan risau kerana tidak semua tentang diri dan pinjaman kita dapat diketahui pihak bank melalui sistem ini. Ada sistem yang lebih terperinci tentang diri kita yang dilihat oleh pihak bank dalam meluluskan pinjaman anda.


Sunday, 3 January 2016

life as a fresh graduate


Kebanyakan pelajar lepasan IPTA atau IPTS menganggur disebabkan peluang pekerjaan yang kini berkurang. Malahan dengan ekonomi yg kini kian merudum , nilai matawang yg telah jatuh , menyebabkan syarikat2 tidak berani serta berhati – hati untuk mengambil pekerja yang baru.


Perkara ini telah membimbangkan segelintir para lepasan graduan kerana ada yang tidak mempunyai pengalaman yang banyak dan mungkin juga tidak mempunyai pengalaman langsung. Jadi bagaimana mereka ingin memulakan karier mereka?


Saya juga memulakan pekerjaan saya di syarikat kecil pada mulanya. saya bekerja part time selama 8 bulan sejurus selepas saya tamat praktikal di syarikat tersebut. Bila kita apply untuk jadi permanent dekat situ tak boleh , sebab transcript original tak keluar lagi so makan lah gaji sebulan RM 1000 . Apa yang saya buat dengan gaji RM 1000 nih ? Alhamdulillah masa tuh komitmen tak terlalu tinggi jadi, mmg cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Ramai kawan – kawan saya yang yang sekarang ini continue degree study di IPTA dan IPTS masing-masing. Ada juga yang terus memulakan karier hidup dengan bekerja seperti saya kerana tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran. Bagi saya tidak salah untuk kita bekerja dengan sijil diploma sahaja kerana rezeki kita dimana2 Allah dah ada aturan yg baik untuk kita cuma kita perlu berusaha. Kumpul pengalaman yang ada untuk pekerjaan di masa hadapan. InsyaAllah kita mesti senang diterima bekerja dan mungkin gaji yang di offer lagi tinggi dari apa yang kita demand. Sebagai fresh graduate nih, janganlah memilih kerja yang sepatutnya kita minta atau kita belajar sebelum nih takut nanti makan diri kita sendiri. Selalulah belajar menerima sesuatu yang baru dan sentiasa positif serta ikhlas untuk gain experience tuh. Barulah berkat untuk kita minta kerja lain nanti.Apa yang saya boleh bagi tahu disini adalah bersyukur dahulu peluang pekerjaan yang kita dapat sekarang kerana tak mungkin sama dengan yang lain.