Kebanyakan pelajar lepasan IPTA atau IPTS menganggur disebabkan peluang pekerjaan yang kini berkurang. Malahan dengan ekonomi yg kini kian merudum , nilai matawang yg telah jatuh , menyebabkan syarikat2 tidak berani serta berhati – hati untuk mengambil pekerja yang baru.
Perkara ini telah membimbangkan segelintir para lepasan graduan kerana ada yang tidak mempunyai pengalaman yang banyak dan mungkin juga tidak mempunyai pengalaman langsung. Jadi bagaimana mereka ingin memulakan karier mereka?
Saya juga memulakan pekerjaan saya di syarikat kecil pada mulanya. saya bekerja part time selama 8 bulan sejurus selepas saya tamat praktikal di syarikat tersebut. Bila kita apply untuk jadi permanent dekat situ tak boleh , sebab transcript original tak keluar lagi so makan lah gaji sebulan RM 1000 . Apa yang saya buat dengan gaji RM 1000 nih ? Alhamdulillah masa tuh komitmen tak terlalu tinggi jadi, mmg cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Ramai kawan – kawan saya yang yang sekarang ini continue degree study di IPTA dan IPTS masing-masing. Ada juga yang terus memulakan karier hidup dengan bekerja seperti saya kerana tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran. Bagi saya tidak salah untuk kita bekerja dengan sijil diploma sahaja kerana rezeki kita dimana2 Allah dah ada aturan yg baik untuk kita cuma kita perlu berusaha. Kumpul pengalaman yang ada untuk pekerjaan di masa hadapan. InsyaAllah kita mesti senang diterima bekerja dan mungkin gaji yang di offer lagi tinggi dari apa yang kita demand. Sebagai fresh graduate nih, janganlah memilih kerja yang sepatutnya kita minta atau kita belajar sebelum nih takut nanti makan diri kita sendiri. Selalulah belajar menerima sesuatu yang baru dan sentiasa positif serta ikhlas untuk gain experience tuh. Barulah berkat untuk kita minta kerja lain nanti.Apa yang saya boleh bagi tahu disini adalah bersyukur dahulu peluang pekerjaan yang kita dapat sekarang kerana tak mungkin sama dengan yang lain.
No comments:
Post a Comment