Okay sebelum itu saya nak bertanya kepada tuan punya badan sendiri lah, maksud saya yang membaca sekarang ini, Pernah dengar atau jumpa senarai syarikat kat bawah nih?
Itu sendiri akan menyusahkan diri kita untuk urusan dengan bank di masa akan datang. Manalah tahu dalam kehidupan kita nih perlu ada improvement. Maksud saya mestilah kita nak beli rumah baru, kereta baru setelah berkeluarga jadi takkanlah CTOS ni kita jadikan punca atau batu penghalang untuk kita waktu kita dah plan and buat strategi untuk masa depan kita. Rajin2 lah kita pergi siasat dan ambil tahu nama kita samada clear atau tidak. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu nama kita BLACKLIST atau apa , lagi-lagi bila nama kita diguna pakai menjadi "GUARANTOR"(Penjamin) seseorang.
-Nama
-No. Kad Pengenalan Individu.
-Nama penuh dan no. kad pengenalan pemohon diletakkan.
- Maklumat Perniagaan Individu
- Maklumat sedia ada kelihatan untuk syarikat yang dimiliki pemohon sama ada beliau sebagai pemilik tunggal, ahli kongsi, pengarah syarikat mahupun pemegang syer.
- Maklumat Saman dan Muflis
- Memaparkan maklumat sekiranya nama pemohon pernah disaman, status samannya (jika ada), muflis dan sebagainya.
- Rujukan.
- Biasanya pada ruangan ini kita dapat lihat pinjaman yang dibuat oleh kita dari syarikat-syarikat yang lain yang melibatkan bayaran ansuran seperti barangan elektrik, motosikal dan perabot rumah.
1- CTOS bukan macam CCRIS dimana CCRIS yang selalunya akan di UPDATE setiap 15 haribulan.
2 - Pihak CTOS pula akan pick-up kes customer tetapi melalui refferal (syarikat Telco yang customer berhutang).
3 - Berdasarkan apa yang pihak customer service terangkan kepada saya, jika surat pelepasan sudah dikeluarkan dari pihak ketiga , maka ON THE SPOT nama customer keluar daripada CTOS report.
KENAPA ADA YANG SAMPAI BERBULAN-BULAN BARU NAK CLEAR?
-Maklumat yang saya dapat dari CTOS customer service sendiri, mereka akan diberi kuasa untuk melepaskan pelanggan yang disenaraihitamkan apabila kita telah membuat FULL SETTLEMENT sekali dengan CAS PEMBAYARAN LEWAT bukan kepada CTOS, tetapi kepada syarikat yang kita sendiri berhutang.
-Cuba Periksa dengan teliti berapa BAYARAN SEPATUTNYA yang harus dibayar oleh kita yang sudah tertunggak sekian lama.
Secara konklusinya, CTOS hanya merupakan salah satu sistem rujukan yang digunakan untuk menilai sama ada nama kita sebagai pemohon ada disenaraihitam atau tidak, maklumat perniagaan berkaitan kita dan lain-lain bayaran ansuran yang sedang ditanggung tetapi jangan risau kerana tidak semua tentang diri dan pinjaman kita dapat diketahui pihak bank melalui sistem ini. Ada sistem yang lebih terperinci tentang diri kita yang dilihat oleh pihak bank dalam meluluskan pinjaman anda.